RSS

Dr Abdullah Nasih Ulwan

Dr Abdullah Nasih Ulwan

Sesiapa yang meminati buku tarbiah dan perbincangan permasalahan moden sudah pasti baginya tidak asing dengan tokoh ini. Setiap tulisan yang dihasilkan oleh beliau bukanlah sekadar tulisan biasa, ianya adalah tulisan yang lahir dari hati yang ikhlas kepada Allah, tulisan yang mempunyai nilai tarbiah yang sangat tinggi. Mempunyai matlamat yang besar dalam bidang penulisan. Dr. Yusuf al Qaradhawi menyatakan bahawa Dr. Abdullah Nasih Ulwan adalah seorang ulama yang sangat dikagumi dari sudut perjuangan dan tulisannya, apa yang ditulis menggambarkan peribadinya yang sangat luhur dan murni.
Dr. Abdullah Nasih Ulwan dilahirkan pada tahun 1928 Masihi di Daerah Qadhi Askar yang terletak di Bandar Halb, Syria. Beliau dibesarkan di dalam keluarga yang berpegang teguh pada agama dan mementingkan akhlak Islam dalam pergaulan dan muamalat sesama manusia. Ayahnya, Syeikh Said Ulwan adalah seorang yang dikenali di kalangan masyarakat sebagai seorang ulama dan tabib yang disegani. Selain dari menyampaikan risalah Islam di seluruh pelusuk Madinah Halb, beliau juga menjadi tumpuan untuk mengubat pelbagai penyakit dengan ramuan akar kayu yang dibuat sendiri. Ketika merawat pesakit, lidahnya sentiasa membaca al Quran dan menyebut nama Allah. Syeikh Said Ulwan sentiasa mendoakan semoga anak-anaknya lahir sebagai seorang ulama ‘murabbi’ yang dapat memandu masyarakat. Allah memperkenankan doa beliau dengan lahirnya Dr. Abdullah Nasih Ulwan sebagai ulama (‘murabbi’) pendidik rohani dan jasmani yang disegani di abad ini.
Pendidikan
Dr. Abdullah Nasih Ulwan mendapat pendidikan peringkat rendah (ibtidaei) di Bandar Halib. Setelah berusia 15 tahun, Syeikh Said Ulwan menghantar beliau ke Madrasah Agama untuk mempelajari ilmu agama dengan cara yang lebih luas. Ketika itu, beliau sudah menghafal al Quran dan sudah mampu menguasai ilmu bahasa arab dengan baik. Semasa di madrasah, beliau menerima asuhan dari guru-guru yang mursyid. Beliau sangat mengkagumi Syeikh Raghib al Tabhakh, seorang ulama hadis di Bandar Halb. Beliau sangat cemerlang dalam pelajaran dan sentiasa menjadi tumpuan rujukan rakan-rakan di madrasah, beliau juga seorang yang aktif dalam persatuan dengan berkebolehan berpidato dan mengetuai skuad penerbitan yang bertanggungjawab menerbitkan sebaran ilmiah kepada masyarakat sekitar.
Beliau dikenali sebagai seorang yang sangat berani pada kebenaran serta mempunyai kemahiran dalam pergaulan dan dakwah. Semasa usia remaja beliau sudah terkesan dengan bacaan tulisan ulama-ulama sanjungan di waktu itu seperti Dr. Syeikh Mustafa al Sibaei.
Pada tahun 1949 beliau memperolehi sijil menengah agama yang melayakkan beliau melanjutkan pelajaran di salah sebuah pusat pengajian di Mesir dalam bidang Syariah Islamiah.
Dr. Abdullah Nasih Ulwan memasuki Universiti al Azhar pada tahun berikutnya dan memperolehi ijazah pertama dalam Fakulti Usuluddin pada tahun 1952, seterusnya beliau memperolehi takhassus pendidikan dan tarbiah pada tahun 1954. Semasa berada di Mesir beliau banyak menghadiri Majlis perbincangan ulama-ulama dan mendekati gerakan Islam.
Dr. Abdullah Nasih Ulwan memperolehi Ijazah Kedortoran dari Universiti al Sand Pakistan pada tahun 1982 dengan tesis yang bertajuk “feqh Dakwah wa al Daeiah”.
Perkhidmatan
Dr. Abdullah Nasih Ulwan memulakan khidmat sepenuh masa sebagai pendakwah setelah pulang dari al Azhar. Beliau telah dilantik sebagai guru sebuah Kolej di Bandar Halb. Beliaulah orang yang pertama memperkenalkan mata pelajaran Tarbiah Islamiah sebagai matapelajaran asas dalam sukatan pembelajaran di Kolej berkenaan. Seterusnya matapelajaran Tarbiah Islamiah ini menjadi matapelajaran teras yang wajib diambil oleh penuntut-penuntut menengah di seluruh Syria. Beliau telah meletakkan matlamat perguruan sebagai senjata tarbiah yang sangat berkesan dalam mendidik generasi negara akan datang. Prinsip yang digunapakai ialah guru sebagai ibubapa kepada pelajar, mendidik mereka seperti mendidik anak-anak sendiri. Beliau telah meletakkan matlamat yang sangat tinggi dalam pendidikan, iaitu membawa dan membimbing pelajar ke arah mencintai Islam dan beramal dengannya serta sanggup melakukan apa sahaja untuk memenangkan Islam.
Semasa menjadi guru di kolej berkenaan, Dr. Abdullah Nasih Ulwan telah menerima pelbagai jemputan menyampaikan kuliah dan syarahan di merata tempat, di samping menjadi pensyarah jemputan di beberapa buah Universiti di Syria. Tidak pernah mengenal penat dan letih untuk menyebarkan risalah Allah. Sepenuh masanya diberikan untuk dakwah Islamiah. Masjid-masjid di Daerah Halb sentiasa melimpah dengan orang ramai yang datang untuk mendengar kuliahnya, di mana sahaja beliau pergi menyampaikan ceramah dan kuliah pasti dibanjiri ribuan manusia. Masyarakat yang dahagakan ilmu pengetahun dan tarbiah Islamiah akan menjadikan beliau sebagai tempat rujukan.
Dr. Abdullah Nasih Ulwan turut berjuang menghapuskan fahaman jahiliyyah dalam pemikiran masyarakat dengan suluhan cahaya hidayah rabbani. Beliau telah menggunakan Masjid Umar bin Abd Aziz sebagai markaz tarbiah generasi pemuda di Syria. Kuliah yang disampaikan di masjid ini ialah Feqh, Tafsir dan Sirah. Di samping memberi kuliah pengajian, Dr. Abdullah Nasih Ulwan telah mendidik pemuda-pemuda dengan kemahiran pidato dan penulisan serta kemahiran uslub berdakwah.
Hasil daripada tarbiah ini, lahirlah ratusan generasi muda yang berakhlak mulia dan menjadi agen penggerak dakwah Islamiah di Syria.
Walaupun sibuk dengan tugas menyampaikan risalah Islam di merata tempat, Dr. Abdullah Nasih Ulwan juga sangat dikenali di kalangan masyarakat tempatan sebagai seorang yang berbudi luhur. Menjalinkan hubungan baik sesama anggota masyarakat dan sentiasa menjalankan khidmat masyarakat apabila diperlukan. Beliau juga mempunyai hubungan yang sangat erat dengan ulama-ulama Syria serta menganggotai Majlis Ulama Syria. Beliau sangat dihormati di kalangan mereka.
Sesiapa sahaja yang menelusuri denai dakwah Islamiah pasti akan diuji oleh Allah, ujian untuk membuktikan kebenaran dakwah yang di bawa serta menambahkan keyakinan dan pergantungan yang utuh hanya kepada Allah. Allahlah yang berhak memberi nusrah kepada sesiapa yang dikehendaki. Dr. Abdullah Nasih Ulwan juga menerima ujian ini, sehingga memaksa beliau meninggalkan Syria pada tahun 1979 menuju ke Jordan.
Semasa di Jordan beliau terus menjalankan peranan sebagai daei. Menyampaikan kuliah dan syarahan di merata tempat. Menerima undangan di masjid-masjid, perayaan hari kebesaran Islam dan ceramah umum.
Beliau meninggalkan Jordan pada tahun 1980 setelah mendapat tawaran sebagai pensyarah di Fakulti Pengajian Islam Universiti Malik Abd Aziz, Jeddah, Saudi. Beliau menjadi pensyarah di Universiti berkenaan sehinggalah beliau bertemu dengan Allah (wafat).
Akhlak dan Peribadi
Dr. Abdullah Nasih Ulwan disenangi oleh semua pihak kecuali mereka yang memusuhi Islam. Beliau menjalinkan hubungan yang baik dengan sesiapa sahaja.
Beliau adalah seorang yang sangat berani menyatakan kebenaran, tidak takut atau gentar kepada sesiapa pun dalam menyatakan kebenaran sekalipun kepada pemerintah. Beliau telah meletakkan amanah dalam dakwah adalah amalan yang wajib kepada umat Islam. Semasa di Syria, beliau telah menegur beberapa sistem yang diamalkan oleh pemerintah di waktu itu dan sentiasa menyeru supaya kembali kepada sistem islam, kerana Islam adalah penyelamat. Keadilan Islam adalah rahmat kepada ummah.
Keluhuran pekerti kesan didikan Islam yang meresap dalam jiwa beliau telah meletakkan beliau sangat disanjungi oleh ulama dan masyarakat. Rumahnya sentiasa dikunjungi oleh orang ramai. Sahabat karib beliau, Dr. Muhammad Walid menyatakan, Dr. Abdullah Nasih Ulwan adalah seorang yang sangat peramah, murah untuk memberi senyuman kepada sesiapa sahaja, pertuturannya sangat mudah difahami, percakannya sentiasa disulami nasihat dan peringatan, beliau juga seorang yang tegas dengan prinsip asas Islam.
Dr. Abdullah Nasih Ulwan juga seorang yang sangat benci kepada perpecahan dan munculnya berbilang-bilang jamaah dalam negara Islam. Menyeru kepada perpaduan dan kesatuan atas nama Islam untuk membina kekuatan umat Islam yang semakin pudar. Beliau berpendapat bahawa pepecahan umat Islam perlu dimuhasabah semula oleh setiap lapisan umat Islam. Apabila berbincang mengenai perpaduan dan kesatuan umat Islam, airmatanya pasti tumpah menandakan beliau adalah seorang yang sangat cintakan kesatuan umat Islam.
Dalam persahabatan, beliau menjalinkan hubungan dengan sesiapa sahaja serta sentiasa menziarahi teman-teman. Bertanyakan khabar serta mementingkan ikatan ukhuwwah Islamiah yang terjalin. Menghulurkan bantuan dan pertolongan sekalipun terpaksa bersusah payah untuknya.
Penulisan
Dr. Abdullah Nasih Ulwan sangat gemar kepada penulisan, kertas dan pena sentiasa bersama walau di mana beliau berada. Walaupun sibuk dengan kuliah, nadwah dan syarahan, beliau tetap memperuntukan masa untuk penulisan. Beliau telah menghasilkan hampir lima puluh buah kitab yang membincangkan pelbagai tajuk.
Di antara kitab karangan beliau yang masyhur ialah :
1. Pendidikan anak-anak di dalam Islam (2 jilid).
2. Hukum zakat menurut empat mazhab.
3. Madrasah Duat.
4. Takaful Ijtimaei dalam Islam.
5. Insurans Menurut pandangan Islam.
6. Pemuda Islam dalam menghadapi serangan musuh.
7. Menolak keraguan yang didatangkan musuh.
Beliau juga banyak menulis kitab mengenai tarbiah Islamiah, kitabnya yang berkaiatan dengan tarbiah Islamiah sangat menyentuh jiwa pembaca. Ini kerana tulisan yang terbit dari hati, insyaallah akan jatuh ke hati. Di antaranya ialah :
1. Kepada Pewaris anbiya.
2. Thaqafah Daeiah.
3. Ruhaniah Daeiah.
4. Kisah Hidayah (2 jilid)
5. Sifat Jiwa dan diri Daei.
Menerima rawatan
Setelah pulang dari menghadiri Nadwah di Pakistan, beliau telah mengadu sakit di bahagian dada kepada salah seorang doktor perubatan di Universiti Malik Abdul Aziz. Doktor telah mengesahkan beliau mengalami penyakit di bahagian hati dan paru-paru. Beliau dimasukkan ke Hospital untuk mendapat rawatan pakar. Beliau mendapat rawatan dalam masa yang agak lama di hospital ini. Beliau meminta izin untuk keluar dari hospital bagi menunaikan temu janji yang terpaksa dibatalkan semasa berada di hospital. Walaupun dalam keadaan sakit, tugas menyampaikan risalah Islam tetap diteruskan dengan bertenaga. Kesakitan pada paru-paru dan hati tidak menghalang beliau dari terus aktif menyampaikan kuliah di Universiti dan majlis-majlis nadwah dan seminar. Melupai kesakitan yang dialami demi islam tercinta.
Beliau dimasukkan kali kedua ke hospital yang sama setelah kesakitan yang dialaminya semakin kronik. Semasa dirawat di hospital beliau banyak menulis bahan ilmiah sebagai ganti memberi kuliah di luar di samping minat membaca kitab-kitab tetap diteruskan.
Pakar-pakar perubatan dan sahabat handai menasihati beliau supaya berhenti membaca dan menulis kerana ianya akan menjejaskan rawatan dan menambahkan kesakitan yang dialami, tetapi Dr. Abdullah Nasih Ulwan hanya tersenyum dan berterima kasih atas keprihatinan mereka serta menyatakan, selagi tangan, mata dan nadinya masih berdenyut selagi itulah sumbangan kepada dakwah Islamiah wajib diteruskan. Selagi tangannya mampu memegang pena selagi itulah beliau akan terus menulis. Sehinggalah pada keadaan beliau tidak dapat bangun, beliau meletakkan bantal di atas perut untuk menulis dan membaca. Keadaan ini berterusan sehinggalah beliau bertemu Allah.
Wafat
Dr. Abdullah Nasih Ulwan meninggal dunia pada hari Sabtu jam 9.30 pagi 5hb Muharram 1408 Hijrah bersamaan 29hb Ogos 1987 Masihi di Hospital Universiti Malik Abdul Aziz Jeddah, Saudi dalam usia 59 tahun. Jenazahnya di bawa ke Masjidil Haram untuk disembahyang dan dikebumikan di Makkah. Solat jenazahnya dihadiri oleh ulama-ulama di seluruh pelusuk dunia. Pemergiannya diiringi oleh umat Islam seluruh dunia. Dunia kehilangan ulama murabbi yang benar-benar ikhlas dalam perjuangan menegakkan Islam. Beliau telah menyerahkan jiwa raga untuk Islam dengan pengorbanan dan jihad yang sangat besar.
Walaupun beliau sudah pergi menemui Allah tetapi dakwahnya tetap berterusan melalui buku dan kitab yang dihasilkan. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya, mengampunkan segala kesalahan yang dilakukan dan memberikan kekuatan kepada generasi yang memikul amanah dakwah Islamiah selepasnya. Amin.
RUJUKAN :
“Muqaddimah Silsilah Madrasah Du’at (jilid 1).”

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Konvokesyen Ke-9




Tahniah!!!!!

Majlis Konvokesyen Ke-9 USIM diadakan pada 3 Disember 2011 bersamaan 7 Muharram 1433H bertempat di Dewan Perdana Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC)

Tahniah buat rakan-rakan yang berjaya, semoga ilmu yang ditimba dapat di manfaatkan dengan sebaiknya.





Majlis Konvokesyen ke-9













  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

KEPENTINGAN ILMU



KEPENTINGAN ILMU PENGETAHUAN DAN SUMBERNYA MENURUT ISLAM

1. Definisi Ilmu Pengetahuan

Perkataan ilmu dari sudut bahasanya adalah berasal daripada perkataan arab iaitu calima, yang bererti mengetahui atau perbuatan yang bertujuan untuk mengetahui tentang sesuatu dengan sebenarnya. Sementara ilmu dari segi istilah memberi erti tentang segala pengetahuan atau kebenaran tentang sesuatu yang datang dari Allah s.w.t yang diturunkan kepada rasul-rasulnya dan alam ciptaannya termasuk manusia yang memiliki aspek lahiriah dan batiniah.

Secara umumnya, ilmu didefinisikan sebagai pengetahuan dan kepandaian tentang sesuatu bidang yang disusun secara bersistem menurut kaedah dan metod tertentu yang dapat digunakan untuk menerangkan sesuatu yang berkait dengan bidang ilmu tersebut. Ilmu pengetahuan pada lazimnya terdapat dalam dua bentuk iaitu ilmu pengetahuan nyata (explicit
knowledge) dan ilmu pengetahuan tidak nyata (tacit knowledge). Ilmu pengetahuan nyata boleh didapati kebanyakannya dalam bentuk dokumen bercetak manakala ilmu pengetahuan tidak nyata pula terdapat dalam idea, minda, amalan harian, pengalaman, memori dan seumpamanya yang kebiasaannya sukar dilihat dengan mata kasar. (Noraziah Sharuddi, 2002)

Dalam zaman moden ini pengertian ilmu telah disempitkan dan dimodenkan kepada pengetahuan maklumat dan kemahiran sahaja. Dalam pengertian barat moden, ilmu hanyalah merujuk kepada pengenalan atau persepsi yang jelas tentang fakta. Fakta pula merujuk kepada perkara-perkara yang boleh ditanggapi oleh pancaindera zahir dan bersifat empiris. Kewujudan perkara lain di luar keupayaan pancaindera tersebut dianggap bukan fakta dan tidak termasuk dalam bidang ilmu. Mengikut pandangan mereka secara automatik ajaran agama terkeluar daripada takrif dan ruang lingkup ilmu dan dianggap sebagai kepercayaan semata-mata.
Islam telah menghimpun antara agama dan ilmu. Tidak ada sebarang penentangan antara agama dan ilmu kerana dalam Islam, agama itu sendiri adalah ilmu dan ilmu adalah agama. Ilmu menurut perspektif Islam dikenali sebagai sifat, proses dan hasil. Manakala istilah ilmu dalam Islam merangkumi pelbagai perkara iaitu al-Quran, syariah, sunnah, iman, ilmu kerohanian, hikmah, makrifat, pemikiran, sains dan pendidikan.

2. Kepentingan Ilmu Pengetahuan

Ilmu merupakan suatu perkara yang penting dalam kehidupan manusia. Perkembangan dan kemajuan sesuatu bangsa di dunia ini berkait rapat dengan kemajuan dan perkembangan ilmu pengetahuan yang terdapat pada sesuatu bangsa itu sendiri. Justeru, Islam mengingatkan tentang hakikat ini menerusi pelbagai ayat al-Quran dan hadis Rasulullah s.a.w. Penekanan terhadap kepentingan dan keperluan menuntut ilmu membuktikan bahawa Islam adalah satu agama yang memartabatkan ilmu pengetahuan dan orang yang berilmu. Baginda Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya; “Menuntut ilmu itu adalah wajib ke atas tiap-tiap orang Islam lelaki dan perempuan.” Berdasarkan hadis tersebut, jelas bahawa menuntut ilmu itu adalah suatu perkara yang penting dan menjadi kewajipan bagi setiap orang Islam. Antara kepentingan ilmu pengetahuan ialah;

2.1 Kedudukan serta martabat orang yang berilmu diangkat dan diletakkan ditempat yang lebih tinggi. Dengan erti kata lain, ilmu dapat mengangkat darjat seseorang kepada darjat yang tinggi di sisi Allah dan masyarakat. Firman Allah s.w.t dalam surah al-Mujadalah, ayat 11 ;
يرفع الله الذين ءامنوا منكم والذين أوتوا العلم درجت. والله بما تعملون خبير
Maksudnya; "Allah mengangkat beberapa darjat orang-orang yang beriman dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan"

2.2 Ilmu dapat meninggikan dan membezakan taraf di kalangan manusia. Firman Allah dalam surah al-Zumar, ayat 9 ;
قل هل يستوي الذين يعلمون والذين لا يعلمون. انما يتذكر أولولوا الألبب
Maksudnya; “Katakanlah adakah sama orang-orang berilmu dengan orang yang tidak berilmu? Sesungguhnya mereka yang mendapat peringatan dan petunjuk hanyalah di kalangan hambanya yang berilmu dan bijaksana"

2.3 Ilmu dapat membentuk keperibadian yang baik dan menjadikan seseorang itu bertaqwa dan cintakan Allah s.w.t dan RasulNya. Firman Allah dalam surah al-Fathir, ayat 28 ;
انما يخشى الله من عباده العلمؤا
Maksudnya ; “Sesungguhnya yang takutkan Allah daripada hambanya ialah orang-orang yang berilmu”

2.4 Ilmu pengetahuan akan membawa manusia ke arah kebahagian hidup di dunia dan di akhirat, memberikan kekuatan ketika dalam kesusahan dan ketika berhadapan dengan musuh.

2.5 Dengan ilmu manusia dapat menjalankan ibadah dengan sempurna, samada ibadah umum atau ibadah khusus dan dapat melaksanakan peranan sebagai khalifah Allah di muka bumi dengan sebaiknya.

2.6 Ilmu agama atau ilmu yang terdapat dalam al-Quran dan Al-sunnah akan menjadi benteng yang dapat mencegah seseorang itu dari melakukan perkara-perkara yang dilarang oleh syariat, dapat menolak kejahilan dan kebodohan sama ada dalam perkara agama atau dalam mengejar kebendaan duniawi.

2.7 Pelbagai jenis ilmu keduniaan seperti ilmu kejuruteraan, ilmu kedoktoran, ilmu pertanian dan sebagainya dapat membantu kemaslahatan hidup manusia di dunia.

2.8 Ilmu adalah salah satu langkah bagi menjana pembangunan negara kerana melalui ilmu sahajalah yang dapat membezakan antara yang hak dan yang batil.

3. Sumber-sumber Ilmu Pengetahuan

Secara umumnya, sumber ilmu pengetahuan adalah diperolehi melalui wahyu, pancaindera, akal dan intuisi atau ilham.

1. Wahyu

Wahyu adalah pemberitahuan daripada Allah s.w.t kepada seorang hambanya yang dipilih di kalangan hambanya dengan secara sulit dan rahsia berlainan dari apa yang dialami oleh manusia biasa. Tidak dapat dinafikan lagi wahyu adalah merupakan sumber pengetahuan yang terpenting yang telah disampaikan oleh Allah s.w.t kepada manusia sama ada ianya disampaikan melalui Nabi Muhammad s.a.w atau melalui nabi-nabi yang terdahulu. Wahyu merupakan teras kepada segala ilmu kerana di dalam al-Quran terkandung pelbagai jenis ilmu pengetahuan yang amat diperlukan oleh manusia untuk kemasalahatan hidup juga perkara-perkara ghaib yang tidak dapat dijangkau oleh akal pemikiran manusia.

2. Pancaindera

Semua pancaindera seperti sentuhan, ciuman, penglihatan, pendengaran dan deria rasa merupakan seumber pengetahuan yang utama dan amat berguna bagi manusia untuk berinteraksi dengan alam sekelilingnya dengan mudah dan betul. Kelima-lima pancaindera ini merupakan satu cara untuk mendapatkan ilmu pengetahuan melalui beberapa percubaan dan pengalaman yang berulang-ulang. Bagaimanapun kebenaran yang diperolehi tidak semestinya selalu betul dan tepat. Pancaindera kadangkala di dalam keadaan tertentu gagal memberikan gambaran atau penglihatan umpamanya matahari kelihatan kecil oleh mata sedangkan kenyataannya adalah sebaliknya.

3. Akal

Akal adalah merupakan sumber utama pengetahuan manusia, malah perbezaan antara manusia dan haiwan adalah melalui hasil tamadun yang diusahakan oleh manusia berpunca dari pemikiran akal manusia yang kreatif. Dengan akal manusia dapat menimbang dan membezakan antara yang baik dan buruk, walaupun mungkin ianya tidak bersifat kebenaran secara mutlak namun ianya memadai untuk mengatasi masalah kehidupan seharian. Bagaimanapun Allah s.w.t menyuruh manusia menggunakan semaksima mungkin kedua-dua daya akal dan pancaindera yang dianugerahkan kepadanya agar dapat sampai kepada pengetahuan sahih dan kebenaran yang tidak menyesatkan. Al-Quran banyak menyebut seruan serta galakan daripada Allah s.w.t agar manusia dapat memerhatikan alam sekeliling mereka dengan akal dan pancaindera bagi mencari kebenaran yang hakiki.

4. Intuisi atau Ilham

Intuisi atau ilham juga boleh menjadi sumber pengetahuan manusia yang amat berguna. Ianya merupakan pengetahuan yang diperolehi tanpa melalui proses pemikiran yang tertentu. Contohnya seseorang yang mempunyai masalah yang sedang menumpukan pemikiran nya terhadap penyelesaian masalah tersebut, tiba-tiba menjadi jalan penyelesaian tanpa perlu berfikir panjang seolah-olah kebenaran yang dicari datang sendiri. Dalam Islam ilham ini boleh dikenali dengan istilah "firasat" atau pun pandangan bashirah (tembus) yang dikurniakan oleh Allah kepada para Ulama.

Walaupun begitu, ada juga di kalangan sarjana yang berpendapat bahawa sumber ilmu itu datangnya juga daripada sumber lisan dan tulisan serta kajian sejarah. Ilmu yang diperolehi melalui sumber lisan wujud dalam sistem pendidikan secara tidak formal seperti ilmu pertukangan dan sebagainya yang diperolehi melalui warisan secara tidak langsung daripada keluarga atau masyarakat. Pengajaran-pengajaran secara lisan daripada tokoh-tokoh ilmu juga dianggap sebagai sumber lisan. Ilmu yang sumbernya dari tulisan dapat dilihat melalui ilmu perubatan, matematik, dan undang-undang. Sementara ilmu yang diperolehi daripada kajian sejarah pula dapat dilihat melalui kajian-kajian dan penulisan-penulisan yang khusus tentang peristiwa sejarah yang telah berlaku.

RUJUKAN

Al-Qasimi, Muhammad Jamaluddin. t.th. Maucizah al-mu`minin min ihya` ulum al-din. t.tp : Maktabah Misr.

Khazali. (tanpa tarikh). Konsep Ilmu. http://khazalii.googlepages.com/udi30521konsepilmu [13 April 2008]

Noraziah Sharuddin. 2002. Forum memori korporat UTM. Skudai : Universiti Teknologi Malaysia

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Hajj

Selamat menunaikan ibadah haji kepada semua...semoga mendapat haji yang mabrur. Ameen.



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Praktikal

Selesai sudah praktikal di SMK KGV, ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua warga KGV khususnya kepada guru pembimbing Ustazah Naliza dan Ustazah Aishah serta semua guru-guru yang selama ini banyak memberi tunjuk ajar dan juga nasihat yang berguna buat kami guru praktikal, tidak dilupakan juga anak-anak murid ustaz yang ustaz ajar 1ABK dan juga 2HISH. Jika ada umur yang panjang InsyaAllah kita akan bertemu lagi. ameen...



Putera 1 ABK


Puteri 1 ABK



Putera dan Puteri 2 HISH



Kelas yang ceria....



Sumbangan....



Sama Hensem...



Tengah Study....



Memberikan penerangan...



Malu-malu pula...



Rajin betul....



Paling Hensem....



senyum...



Pensyarah dan Guru Pembimbing



Guru Pratikal.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Selamat Menempuh Peperiksaan akhir tahun..



Buat semua pelajar SMK KGV selamat menempuh peperiksaan akhir tahun yang akan tiba tidak lama saja lagi...semoga berjaya..Doa Usaha Ikhtiar dan Tawakkal..pasti cemerlang.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Ramadhan...



Firman Allah SWT di dalam surah Al-Baqarah ayat 183:

Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas orang-orang yang sebelum kamu, semoga kamu termasuk di dalam kalangan orang-orang yang bertaqwa"

Dalam ayat di atas sepatutnya menggerunkan kita, bahawa dengan melaksanakan ibadah puasa, mungkin sebahagian beroleh taqwa dan mungkin pula sebahagian yang lain hanya mewarisi lapar dan dahaga.

Sabda Nabi SAW:
"Berapa ramai di kalangan orang yang berpuasa, tidaklah mereka itu memperolehi apa-apa dari puasanya melainkan lapar dan dahaga."

Marilah kita bersama-sama mengambil peluang yang ada sebaik-baiknya untuk memperolehi janji-janji Allah SWT di bulan Ramadhan ini. Dalam kesibukan kita melayani urusan-urusan seharian yang lain, janganlah diabaikan tanggunjawab menyediakan perbekalan di hari kemudian sebagaimana kata Saidina Ali RA:



"Dunia adalah tempat beramal tanpa pembalasan, akhirat pula adalah tempat menerima pembalasan tanpa ada lagi peluang untuk beramal"

Ramadhan kembali muncul membawa janji-janji Allah yang tidak mungkin terabai oleh mereka yang berfikir. Allah SWT, memberikan saham pelaburan yang mudah untuk melipatgandakan amalan.Hanya dengan mengeluarkan sedikit tenaga menuju ke masjid untuk solat berjemaah, digandakanNya pahala sebanyak 25 atau 27 kali ganda.

Maka Ramadhan pula muncul dengan gandaan-gandaan yang lebih besar dan utama, terutamanya malam Lailatul Qadar yang disebut sebagai lebih utama dari kebajikan 1000 bulan.

Sungguh Allah Yang Maha Kaya, dan kerana itulah ganjaran orang yang berpuasa dengan penuh keimanan dan penyerahan diri kepada Allah SWT ialah mereka akan dibebaskan daripada kepanasan hari Kiamat yang tiada tolok bandingnya.

Sesungguhnya ganjaran Allah SWT itu akan diberi mengikut jenis amal yang dilaksanakan

Dari Sahl dari Nabi bersabda :Sesungguhnya dalam syurga terdapat sebuah pintu yang bernama Ar Rayyan, orang-orang yang berpuasa akan masuk melaluinya pada hari kiamat, dan selain mereka tidak akan masuk melaluinya. Dikatakan : Dimanakah orang-orang yang berpuasa? Maka mereka pun berdiri. Dan selain mereka tidak akan memasukinya . Maka jika orang-orang yang berpuasa sudah memasukinya ditutuplah pintu itu dan tidak seorangpun akan memasukinya, Dan barangsiapa yang telah masuk ia pasti minum dan barangsiapa yang minum ia tidak akan kehausan selamanya. (Hadith riwayat Bukhari dan Muslim)

Rasulullah SAW menjelaskan bahawa puasa juga memberi syafaat kepada tuannya pada hari yang penuh dengan kecemasan dan ketakutan itu. Sabda baginda Rasulullah SAW:

Puasa dan Al Qur'an memberi syafaat kepada hamba Allah pada hari kiamat. Puasa berkata, 'Wahai Tuhanku, aku telah menghalanginya makan minum dan memenuhi syahwatnya pada siang hari, maka perkenankanlah aku memberi syafaat baginya.' Dan Al Qur'an pun berkata, 'Aku telah menghalanginya tidur pada malam hari, maka perkenankanlah aku memberi syafaat baginya.' Lalu syafaat keduanya diterima Allah.”( H.R Ahmad)

Maka hendaklah setiap mukmin bermujahadah terhadap dirinya dan melatih dirinya dengan berpuasa. Sesungguhnya ia merupakan satu amalan yang begitu kuat dan penting untuk pembersihan diri (tazkiah an-nafs) agar kelak ia mampu untuk merentasi Hari Kiamat dengan penuh aman dan mendapat pemeliharaan Allah Subha Nahu Wa Ta'ala yang berterusan.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Akibat Maksiat





Maksiat lawannya taat. Kedua-duanya, hanya Allah swt yang tahu. Maksiat ada kesannya, taat pun ada kesannya tersendiri. Ketaatan menjadi suatu yang manis bagi si Mukmin, manakala maksiat adalah suatu kelazatan bagi mereka yang engkar. Sesungguhnya maksiat dan pengaruhnya sangat membahayakan insan di dunia dan akhirat. Mukmin, sentiasa berhati-hati dalam kehidupan hariannya agar tidak terperangkap dalam kemaksiatan. Walaupun hanya Allah swt yang tahu semua tindakan ketaatan dan juga kemaksiatan insan, kesan dan pengaruhnya dapat dilihat semasa hidup di dunia.

1. Tidak Mendapat Ilmu
2. Tidak Mendapat Rezeki
3. Kerisauan dan Kesepian Hati
4. Banyak Mendapat Kesulitan
5. Kegelapan di dalam hati
6. Melemahkan Hati dan Badan
7. Kehilangan ketaatan
8. Mengurangi umur dan mengikis berkah


1. Tidak Mendapatkan Ilmu

Ilmu adalah sinar yang diletakkan Allah swt ke dalam hati. Sedangkan maksiat memadamkan sinar tersebut. Pernah Imam Malik menasihatkan Imam Syafie yang belajar dengarnya, "Saya melihat Allah swt telah meletakkan sinar dalam hatimu. Jangan engkau padamkan dengan kegelapan maksiat." Imam Syafie juga pernah mengeluh, "Saya mengeluh kepada Waki', hafalanku jelek; lantas dia menasihatiku untuk meninggalkan maksiat." Sambung Waki', "Ketahuilah bahawa ilmu itu anugerah, dan Allah swt tidak berikan kepada pelaku maksiat."

2. Tidak Mendapatkan Rezeki

Dalam Musnad Imam Ahmad, "Sesungguhnya seorang hamba tidak mendapatkan rezeki kerana dosa yang diperbuat." Sememangnya jelas bahawa taqwa kepada Allah swt itu mendapatkan rezeki, sedangkan meninggalkan taqwa mendatangkan kefakiran dan kemiskinan.

3. Kerisauan dan Kesepian di Hati

Antara hati seorang insan pelaku maksiat dengan Allah swt, tidak ada keseimbangan dan keterkaitan yang dirasai sebagai kenikmatan, malahan yang terbit dari hatinya hanyalah kegelisahan dan kesepian. Sekiranya kenikmatan dunia seisinya diberikan kepadanya, tidak akan mampu mengimbangi keresahan tersebut.

Tidak ada yang lebih pahit dalam hati insan daripada kerisauan kerana kesepian atau keterasingan antara dirinya dengan orang lain, lebih-lebih lagi dari orang-orang yang sebelumnya baik dengannya. Bilamana perasaan keterasingan itu menjadi kuat, maka dia akan menjauhkan dirinya dari lingkungan orang-orang tadi. Akhirnya, jika hati yang terasa terasing itu banyak melakukan maksiat, dia akan mendekati kelompok syaitan, dan jauh dari kelompok yang dekat dengan Allah swt.

Kesan seterusnya, perasaan keterasingan itu akan menguasai dirinya dan dia akan mula terasa terasing dari keluarganya serta anak-anaknya, dan ini akan terus menambahkan kerisauan dan tertekan dalam dirinya.

4. Banyak mendapat kesulitan

Orang yang tidak bertaqwa akan mendapat kesukaran dalam berbagai urusannya. Kehidupannya banyak menemui kesulitan, jalan buntu dan jalan penyelesaian yang serba sulit.

5. Kegelapan dalam hatinya

Kegelapan dalam hatinya akan sungguh-sungguh ia rasakan seperti gelap pekatnya malam. Bila ia diberi petunjuk, maka kegelapan maksiatnya itu masuk menutupi hatinya. Berkata Abdullah bin Abbas, "Sesungguhnya pada kebaikan itu ada cahaya pada wajah, sinar pada hati, kelapangan pada rezeki dan kekuatan pada badan serta kecintaan di hati ramai orang terhadap dirinya.

Adapun pada perbuatan buruk terdapat warna hitam pada wajah, kegelapan dalam hati, kelemahan badan, kekurangan rezeki dan rasa benci kepadanya di hati ramai orang."

6. Melemahkan hati dan badan

Orang Mukmin itu kekuatannya terletak pada hati. Bilamana hatinya kuat, badannya pun menjadi kuat. Sedangkan orang yang jahat dan penuh dengan maksiat, walaupun badannya kuat, namun hatinya paling lemah. Bayangkan, kekuatan badan orang-orang Persia dan Romawi dapat dihancurkan oleh orang-orang Mukmin dengan kekuatan hati yang kuat imannya kepada Allah swt.

7. Kehilangan ketaatan

Tidak ada hukuman bagi suatu dosa, kecuali hukuman itu adalah terhalangnya seseorang dari ketaatan terhadap Allah swt. Juga akan terputuslah jalan-jalan kebaikan yang lainnya, sedangkan ketaatan itu lebih baik daripada dunia seisinya.

8. Mengurangi umur dan mengikis berkah

Sebahagian ulamak mengatakan, bahawa kurangnya umur orang yang suka melakukan maksiat ialah kerana hilangnya berkah umurnya. Hidup ini sebenarnya adalah kehidupan hati. Umur manusia selama waktu-waktu hidupnya sentiasa bersama Allah swt, itulah yang merupakan waktu-waktu umurnya. Bila hidupnya berpaling dari Allah swt dan sibuk dalam kemaksiatan, akan hilanglah hari-hari hidupnya yang hakiki. Sehingga pada akhirnya orang itu akan berkata:

"Aduhai, sekiranya dulu saya berbuat untuk hidupku sekarang ini." (Al-Fajr:24).


Rujukan: Ibn Qoyyim, "Terapi Penyakit Hati"

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Mengapa Manusia Diciptakan Dan Apakah Tanggungjawabnya ?

Perlu kita perhatikan kepada tiga persoalan asas yang berkaitan dengan seluruh kehidupan kita. Persoalan-persoalan tersebut adalah:-

1. Dari manakah kita datang ?
2. Mengapakah kita di datangkan ?
3. Kemanakah kesudahan kita ?

Untuk mencari jawapannya yang tepat maka perlulah kita merujuk kepada apa yang telah dinyatakan oleh Allah s.w.t di dalam al Quran al Karim.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

PERANGKAP SYAITAN





Dengan memandang dan memperhatikan cara bagaimana (modus operandi) syaitan menyesatkan manusia, seseorang akan menjadikan syaitan sebagai musuh, berusaha menjaga diri secara maksima daripada godaannya, memelihara diri, sedar dan sentiasa ingat terhadap apa yang diinginkan oleh musuh tersebut sedang ia tidak merasainya. Syaitan ingin memerangkapnya dengan tujuh macam perangkap. Sebahagiannya lebih sulit dari sebahagian yang lain. Dan syaitan tidak akan beralih dari perangkap yang berat kepada yang lebih ringan kecuali jika ia tidak berhasil dengan perangkap tersebut.


Perangkap Pertama:

Kufur Kepada Allah Subhanahu wa Taala, Agama-Nya, Pertemuan Dengan-Nya, Kesempurnaan Sifat-Sifat-Nya, Dan Ingkar Terhadap Berita-Berita Yang Disampaikan Oleh Para Rasul-Nya

Apabila syaitan berhasil dengan perangkap ini, maka padamlah api permusuhannya, dan dia akan beristirehat. Tetapi jika seorang hamba berhasil mengatasi perangkap ini dan selamat daripadanya dengan hidayah dan cahaya iman, maka syaitan akan beralih kepada tingkatan kedua.

Perangkap Kedua: Dosa-Dosa Besar.

Pada peringkat ini, syaitan akan berusaha untuk mengindahkan dosa-dosa pada pandangan mata seorang hamba. Ditimbulkannya sikap menunda-nunda, dibuka kepadanya pintu pengharapan, dan dikatakan kepadanya, 'Iman hanyalah keyakinan semata-mata, sehingga tidak ada perbuatan maksiat yang dicela di dalam iman (asalkan masih beriman)."

Apabila dia dapat melintasi perangkap ini dengan perlindungan Allah atau dengan taubat yang tulus yang menyelamatkannya dari bid’ah, maka syaitan akan mengekorinya dengan perangkap yang seterusnya.



Perangkap Ketiga: Dosa-Dosa Kecil.

Syaitan menimbang dosa-dosa ini untuknya dengan timbangan seraya mengatakan, “Tidak mengapa kamu melakukan dosa-dosa kecil asalkan kamu jauhi dosa-dosa besar. Apakah kamu tidak tahu bahawa dosa-dosa kecil dapat dihapus dengan menjauhi dosa-dosa besar dan dengan melakukan kebaikan-kebaikan?” Akibatnya, seorang hamba menganggap ringan terhadap dosa-dosa kecil sehingga dia senantiasa melakukannya. Kerana itu, orang yang melakukan dosa besar kemudian merasa takut dan menyesal adalah lebih baik daripada golongan ini. Sedangkan tidak lagi dinamakan dosa kecil apabila ianya dilakukan secara terus-menerus. Nabi s.a.w. bersabda:

“Jauhkan dirimu dari dosa-dosa kecil!" Kemudian beliau membuat perumpamaan untuknya dengan suatu kaum yang singgah di suatu tanah lapang. Lalu mereka memerlukan kayu bakar, maka si anu mengambil satu ranting dan si anu satu ranting, sedikit demi sedikit, akhirnya terkumpullah kayu bakar yang banyak. Kemudian mereka menyalakan api, hingga mereka boleh memasak roti mereka. Demikianlah diumpamakan dosa-dosa kecil itu bertumpuk pada seseorang, sedang dia meremehkannya, hingga dosa-dosa itu membinasakannya.


Perangkap Keempat: Hal-Hal Harus (Mubah) Yang Tidak Terlarang Untuk Dilakukan.

Lalu dia sibuk dengan hal-hal mubah itu sehingga tidak memperbanyakkan ketaatan, dan tidak bersungguh-sungguh di dalam mencari bekalan untuk kembali ke akhirat nanti, kemudian meningkat lagi keinginannya untuk meninggalkan hal-hal yang sunat, dan daripada meninggalkan hal-hal yang sunat kemudian berlanjutan meninggalkan sebahagian amalan yang wajib. Kesan paling minima ialah seseorang itu tidak akan memperolehi keuntungan di dunia dan akhirat, penghasilan-penghasilan yang besar, dan kedudukan yang mulia.
Jika seorang hamba terselamat dari perangkap ini dengan pandangan hati (bashirah) yang sempurna dan cahaya petunjuk, mengetahui nilai ketaatan dan memperbanyakkan ketaatan, maka syaitan akan beralih kepada perangkap yang seterusnya.



Perangkap Kelima: Amalan-Amalan Ketaatan Yang Lemah Dan Kurang Utama.

Syaitan akan menyuruh melakukannya, menampakkannya baik dalam pandangannya, menghiasinya, dan memperlihatkan adanya keutamaan dan keuntungan di dalamnya, agar dia sibuk dengannya daripada sesuatu yang lebih utama dan besar keuntungannya. Apabila tidak berhasil menjadikan manusia langsung tidak mendapat pahala sama sekali, maka syaitan akan cuba pula untuk menghalang hamba tersebut supaya tidak mendapatkan kesempurnaan dan keutamaan, atau darjat yang tinggi. Maka syaitan akan menyibukkan hamba tersebut dengan sesuatu yang tidak utama daripada yang utama, yang lemah daripada yang kuat, yang dicintai Allah daripada yang lebih dicintai-Nya, yang diredhai daripada yang lebih diredhai-Nya.

Namun, tidak banyak jumlah orang yang dapat melepasi perangkap ini, kerana kebanyakan mereka telah berhasil dikalahkan syaitan pada perangkap-perangkap sebelumnya.

Untuk menyelamatkan diri daripada perangkap ini, seseorang hamba itu perlu mengetahui dan memahami martabat-martabat amalan-amalan di sisi Allah, dan keutamaan kedudukannya, mengerti nilainya, dapat membedakan antara yang tinggi dan yang rendah, antara yang tidak utama dan utama, antara kepala dan ekornya kerana setiap amalan-amalan itu ada mempunyai kedudukan dan keutamaannya di sisi Allah Subhanahu wa Taala, sebagaimana dikatakan dalam hadis sahih:

“Penghulu istighfar ialah seorang hamba mengucapkan, Ya Allah, Engkau adalah Tuhanku. Tidak ada Tuhan yang berhak diibadati kecuali Engkau….”

Tidak ada yang dapat melintasi dan selamat dari perangkap ini kecuali orang-orang yang memiliki bashirah dan kesungguhan dari kalangan ahli ilmu, yang selalu berjalan menyusuri taufiq, menempatkan amalan-amalan pada tempatnya, dan memberikan hak kepada masing-masing yang berhak.

Apabila seorang hamba selamat dari perangkap ini, maka tinggal satu tingkatan lagi yang akan digunakan oleh musuh (syaitan) terhadap hamba (manusia). Kalau ada orang-orang yang dapat selamat darinya, maka mereka itu adalah para rasul, nabi-nabi Allah, dan manusia-manusia yang mulia. Rintangan itu adalah:


Perangkap Keenam: Menugaskan Tenteranya Untuk Mengganggu Seorang Hamba Dengan Bermacam-Macam Gangguan, Dengan Tangan, Lisan, Dan Hati, Menurut Martabat Hamba Tersebut Di Dalam Melaksanakan Ketaatan.

Kalau martabat orang itu tinggi, maka syaitan akan menugaskan pasukan berkuda dan pejalan kakinya, bahkan dibantu pula dengan tenteranya yang lain dan dikerahkan pula anggota-anggotanya dengan bermacam-macam tindakan.
Rintangan pada peringkat ini akan sentiasa wujud dan tidak dapat dihindari, kerana semakin bersungguh-sungguh seseorang dalam istiqamah dan dakwah kepada jalan dan agama Allah dan dalam melaksanakan perintah-perintah-Nya, maka musuh akan semakin meningkatkan usahanya di dalam menghasut orang-orang yang yang bodoh. Pada peringkat ini syaitan telah bersedia dengan baju perang. Kerana itu Mukmin sentiasa berada di dalam suasana perang terhadap musuh.

Maka ubudiyah (pengabdian) seorang hamba pada peringkat ini adalah ubudiyah orang-orang khusus dari kalangan arifin, dan inilah yang dinamakan dengan ubudiyah muraghamah (ubudiyah kepada Allah yang menjadikan syaitan marah), dan tidak ada yang menyedari hal ini kecuali orang-orang yang memiliki bashirah (mata batin) yang sempurna. Tidak ada sesuatu yang lebih dicintai oleh Allah daripada tindakan kekasih-Nya yang membangkitkan kemarahan musuh-Nya (kerana tidak mengikuti ajakannya), sebagaimana firmanNya
“Yang demikian itu ialah kerana mereka tidak ditimpa kehausan, kepayahan dan kelaparan di jalan Allah, dan tidak pula menginjak suatu tempat yang membangkitkan amarah orang-orang kafir, dan tidak menimpakan suatu bencana kepada musuh, melainkan dituliskan bagi mereka dengan yang demikian itu dengan amal soleh. Sesungguhnya Allah tidak mensia-siakan pahala orang yang berbuat baik.”
(at-Taubah:120)

Dan Allah memberikan perumpamaan bagi Rasulullah SAW dan pengikut-pengikutnya:

“Demikianlah sifat-sifat mereka dalam Taurat dan sifat-sifat mereka dalam Injil, iaitu seperti tanaman yang mengeluarkan tunas, maka tunas itu menjadikan tanaman itu kuat, lalu menjadi besarlah dia dan tegak lurus di atas pokoknya; tanaman itu menyenangkan hati penanam-penanamnya kerana Allah hendak menjengkelkan hati orang-orang kafir (dengan ketaatan orang-orang mukmin)”
(al-Fath:29)

Maka menjengkelkan orang-orang kafir (dengan melaksanakan ketaatan kepada Allah) merupakan sesuatu yang dicintai Allah dan dituntut-Nya. Rasulullah SAW mensyariatkan kepada orang yang lupa melakukan sesuatu di dalam solahnya, agar melakukan sujud sahwi, dengan sabda beliau;

“Jika solahnya sudah sempurna, maka kedua sujud itu menghinakan syaitan.” Dan dalam satu riwayat yang lain “Menjengkelkan syaitan.”

Sejauh mana kecintaan hamba kepada Tuhannya, kesetiaannya kepada-Nya, dan permusuhannya terhadap musuh-Nya, maka sejauh itu pulalah bahagiannya dari muraghamah (menjengkelkan musuh Allah).

Ini termasuk masalah ubudiyah yang tidak banyak difahami orang. Barangsiapa yang merasakan kenikmatan dan kelazatannya, maka dia akan menangisi masa-masa lalunya (sebelum dia mengalami hal ini).

Allahlah tempat memohon pertolongan, hanya kepada Nya kita bertawakkal, dan tidak ada daya dan upaya kecuali dengan pertolonganNya.

Orang yang telah mencapai maqam (kedudukan spiritual) ini apabila memandang syaitan dan memperhatikan dosanya, maka dia akan membuat syaitan jengkel dengan melakukan taubat yang tulus, dan muraghamah (menjadikan syaitan jengkel) ini merupakan ubudiyah juga.

Sumber Rujukan: Madarij Salikin, Ibn Qayyim


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Remaja dan Kebebasan

KEBEBASAN sesuatu yang dicari manusia, tetapi yang menakutkan ialah kebebasan membuatkan manusia terbabas. Bebas daripada ikatan agama, menjadi seperti haiwan tiada sebarang kawalan, membujur lalu melintang patah.

Kehidupan remaja yang sebegini amat dibimbangi. Remaja adalah harapan segalanya, harapan bangsa, agama dan negara. Baik remaja cemerlanglah masa depan negara, rosak mereka kelamlah masa depan.

Bebas dalam pergaulan amat dibimbangi. Lelaki perempuan jika sudah tiada batasan dalam pergaulan amat ditakuti terjerumus dalam kancah maksiat.

Berkawan memang boleh untuk belajar, berkenalan dan bersembang tetapi jangan sampai tidak terkawal. Islam dengan lengkap menunjukkan jalan dan batasnya.

Tulisan kali ini berkisar mengenai bahaya zina yang berleluasa akibat hidup tanpa batas. Cinta tanpa batas dan pergaulan tanpa batas.

Memang segala yang melampau batas akibatnya amat tercela. Berzina seakan-akan wabak menyerang minda sesetengah remaja yang menganggap ini soal peribadi.

Dosa aku, aku tanggung. Kubur masing-masing, kamu punya kubur kamu jaga, aku punya kubur aku jaga. Itu salah!!!. Kubur kita orang lain yang gali. Kadang-kadang kubur orang lain kita yang gali.

Zina ertinya melakukan hubungan kelamin tanpa hubungan perkahwinan yang sah. Hukumnya adalah dosa besar dan menurut perundangan Islam disebat sebanyak seratus rotan kalau penzina itu belum berkahwin manakala hukum rejam sampai mati dikenakan kepada pasangan yang telah berkahwin.

Hukuman ini berkuat kuasa walaupun pasangan penzina ini melakukannya hanya sekali. Dalam kitab Zabur diceritakan orang yang berzina, kelak kemaluannya akan digantung di dalam api neraka, dipukul dengan rantai daripada besi.

Islam satu agama yang amat releven dan penuh idea bukan hanya menumpukan isu rawatan tetapi terlebih dulu memberikan idea pencegahan. Semua tahu mencegah lebih baik daripada merawat.

Dalam hal ini Allah sebagai Tuhan yang amat mengetahui menyebut dalam al-Quran: “Janganlah kamu menghampiri zina sesungguhnya zina itu sangat menjijikkan dan jalan yang sangat jelek.”

Berdua-duaan dengan pasangan bukan mahram adalah haram. Di dalam kereta berdua-duaan, di dalam rumah berdua-duaan, menaiki motor apa lagi saling merapat-rapat lagi haram.

Dalam satu hadis melaporkan, apabila lelaki dan perempuan berdua-duaan berbondong-bondonglah tentera iblis mengerumuni untuk menggoda supaya melakukan maksiat.

Bagi memahami dengan lebih jelas lagi berlakunya zina akibat berdua-duaan mari kita melihat satu hadis nabi yang bermaksud: “Dua mata yang berzina (saling bertentangan mata) telinga berzina (saling dengar pujuk rayu), lidah berzina (cakap-cakap) zina tangan (berpegangan) zina kaki (melangkah pergi jumpa) zina hati (keinginan dan khayal seks) dan yang membenarkan semua zina anggota itu ialah zina kemaluan.

Apabila nafsu sudah ditawan syaitan al-maluun manusia menjadi bodoh dan dungu. Akal sudah tidak berfungsi lagi malah pada waktu itu kadangkala suara iman sudah tidak menasihati lagi. Jika terdetik berdosa akan ‘diterjah’ dan akhirnya iman terkeluar dan tercampak ibarat kereta yang tidak dapat dikawal lagi terus terbabas.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Santai-santai...


MusicPlaylistView Profile
Create a playlist at MixPod.com