Sungguh!! Indah jika hidup ini dihiasi dengan kemewahan dunia tetapi lagi indah hidup ini jika kita mendapat kemewahan iman dan islam. Dalam menelusuri hidup yang penuh dengan pancaroba dan ujian dunia semakin itu lah manusia menjadi lalai dan leka dengan dunia mereka ataupun manusia menjadi lebih ingat kepada penciptanya.
Sebagai makhluk yang digelar manusia yang diberikan akal untuk berfikir, mari kita berfikir sejenak dengan menjawab persoalan yang kadang kala timbul dalam kotak fikiran kita iaitu apakah sudah cukup amalanku ini untuk dibawa sebgai bekal untuk akhirat nanti? Apa sudah aku laksanakan tanggungjawab aku sebagai seorang anak, saudara mahupun masyarakat? Jika ya apakah ia dapat membantu aku? Kenapa ramai umat islam berpecah-belah? Persoalan-persoalan begini kadang-kadang timbul lantas ia mencari suatu muhasabah diri untuk lebih mengingati Allah.
Jujur ku katakan sebagai manusia kadang kala apabila kita diuji dengan ujian saat itulah jika tersedar lalu ingat pada Allah, adakala apabila kita diuji dengan nikmat kesenangan selalu kita lupa untuk mengingatiMu Ya Allah. Jika kita fikirkan ia sungguh rapuh iman kita. Ayuh!! Bangunlah pemuda-pemudi Islam dari pancaroba ini, dan ucapkan Alhamdulillah tanda kita syukur bahawasanya Allah masih menyayangi kita dengan memberikan nyawa yang panjang bukan untuk menikmati kesenangan dunia semata tetapi mengumpul sebanyak-banyak amalan untuk dibuat bekalan akhirat.
Tapi ingat jangan kita lupa bahawa ramai lagi saudara-saudara kita yang masih hanyut dalam arus deras dunia, mari kita sama turun ke arus ini dan bawa saudara-saudara kita ini agar mereka juga sedar akan hakikat kehidupan kita ini.
Teruskanlah dakwah dan perjuangan kita dalam mengumpul saham akhirat bersama-sama. Mudah-mudahan apa yang kita bawa ini mendapat keredhaan Allah. Buangkan segala sifat mazmumah yang menjadi pengahalang untuk kita berjaya, sucikan hati-hati dengan zikir kepada Allah dan Taubat memohon ampun kepada tuhan yang maha berkuasa iaiu ALLAH!
0 comments:
Post a Comment