RSS

Ramadhan...



Firman Allah SWT di dalam surah Al-Baqarah ayat 183:

Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas orang-orang yang sebelum kamu, semoga kamu termasuk di dalam kalangan orang-orang yang bertaqwa"

Dalam ayat di atas sepatutnya menggerunkan kita, bahawa dengan melaksanakan ibadah puasa, mungkin sebahagian beroleh taqwa dan mungkin pula sebahagian yang lain hanya mewarisi lapar dan dahaga.

Sabda Nabi SAW:
"Berapa ramai di kalangan orang yang berpuasa, tidaklah mereka itu memperolehi apa-apa dari puasanya melainkan lapar dan dahaga."

Marilah kita bersama-sama mengambil peluang yang ada sebaik-baiknya untuk memperolehi janji-janji Allah SWT di bulan Ramadhan ini. Dalam kesibukan kita melayani urusan-urusan seharian yang lain, janganlah diabaikan tanggunjawab menyediakan perbekalan di hari kemudian sebagaimana kata Saidina Ali RA:



"Dunia adalah tempat beramal tanpa pembalasan, akhirat pula adalah tempat menerima pembalasan tanpa ada lagi peluang untuk beramal"

Ramadhan kembali muncul membawa janji-janji Allah yang tidak mungkin terabai oleh mereka yang berfikir. Allah SWT, memberikan saham pelaburan yang mudah untuk melipatgandakan amalan.Hanya dengan mengeluarkan sedikit tenaga menuju ke masjid untuk solat berjemaah, digandakanNya pahala sebanyak 25 atau 27 kali ganda.

Maka Ramadhan pula muncul dengan gandaan-gandaan yang lebih besar dan utama, terutamanya malam Lailatul Qadar yang disebut sebagai lebih utama dari kebajikan 1000 bulan.

Sungguh Allah Yang Maha Kaya, dan kerana itulah ganjaran orang yang berpuasa dengan penuh keimanan dan penyerahan diri kepada Allah SWT ialah mereka akan dibebaskan daripada kepanasan hari Kiamat yang tiada tolok bandingnya.

Sesungguhnya ganjaran Allah SWT itu akan diberi mengikut jenis amal yang dilaksanakan

Dari Sahl dari Nabi bersabda :Sesungguhnya dalam syurga terdapat sebuah pintu yang bernama Ar Rayyan, orang-orang yang berpuasa akan masuk melaluinya pada hari kiamat, dan selain mereka tidak akan masuk melaluinya. Dikatakan : Dimanakah orang-orang yang berpuasa? Maka mereka pun berdiri. Dan selain mereka tidak akan memasukinya . Maka jika orang-orang yang berpuasa sudah memasukinya ditutuplah pintu itu dan tidak seorangpun akan memasukinya, Dan barangsiapa yang telah masuk ia pasti minum dan barangsiapa yang minum ia tidak akan kehausan selamanya. (Hadith riwayat Bukhari dan Muslim)

Rasulullah SAW menjelaskan bahawa puasa juga memberi syafaat kepada tuannya pada hari yang penuh dengan kecemasan dan ketakutan itu. Sabda baginda Rasulullah SAW:

Puasa dan Al Qur'an memberi syafaat kepada hamba Allah pada hari kiamat. Puasa berkata, 'Wahai Tuhanku, aku telah menghalanginya makan minum dan memenuhi syahwatnya pada siang hari, maka perkenankanlah aku memberi syafaat baginya.' Dan Al Qur'an pun berkata, 'Aku telah menghalanginya tidur pada malam hari, maka perkenankanlah aku memberi syafaat baginya.' Lalu syafaat keduanya diterima Allah.”( H.R Ahmad)

Maka hendaklah setiap mukmin bermujahadah terhadap dirinya dan melatih dirinya dengan berpuasa. Sesungguhnya ia merupakan satu amalan yang begitu kuat dan penting untuk pembersihan diri (tazkiah an-nafs) agar kelak ia mampu untuk merentasi Hari Kiamat dengan penuh aman dan mendapat pemeliharaan Allah Subha Nahu Wa Ta'ala yang berterusan.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

Santai-santai...


MusicPlaylistView Profile
Create a playlist at MixPod.com